Wednesday, November 11, 2009

My top 5 treat list


I am the type of person that likes a calm and hassle-free environment. Even if I travel, I like to travel light as if I'm not travelling anywhere at all. Here is my top 5 treats and my treats are all about calm, hassle-free and no-problem experience that I think would make my life less stressful.  


 5. Freefall




I would like to freefall from the sky just to experience how the gravity of the earth that is missing me so much. I can release or free myself from the strings of problems in that moment of falling and can straight out my perspective in life as I am falling straight back to land. And of course, there should be a parachute release at the end, or it'll be "the end" for me.


4. Bora-Bora Island




From the freefall, I would like to land on the most beautiful beach that I have seen from Google which is in Bora-Bora Island. Just looking at the pictures makes me feel like the word "problem" doesn't exists. I would like, just to stroll with naked feet to feel the sand and sea water between my toes and treating my senses to the calm breeze and blue beach.


3. Scuba Diving



Enough strolling and relaxing at the beach, next I would also really like to treat myself with more strolling , but this time is under-the-sea stroll. I would like to experience once of encountering sea creatures right in front of my eyes.


2. Camera




To remember those moments for me to look back in the future, I will need a camera that is easy to carry around and must capture underwater shot beautifully. So I have chosen the Canon Power Shot G10. Its small, light and also captures great underwater pictures.



1. Dell Inspiron 13





To share those experiences with my friends and families, I must have a device that can go around with me anywhere I go. Dell Inspiron 13 is the best choice. It is small and light and easy for me to carry around. Its Wifi makes connectivity not a problem anywhere, so I can upload the pictures to taken to my blog on-the-go for my readers.




The spill-proof keyboard is just a perfect combination of a laptop for me, as I will not have a problem typing in wet hands if I'm directly from the scuba diving to my Dell Inspiron 13. Its battery life is also reliable as it can stand for a long period of time, so I wouldn't have to ruin my journey just to plug and charge my laptop. This would be the best treat for me as it makes my other treats ends with a perfect ending. This is what I call an inspiration to inspirations.


You can also use this special coupon code 7ZQVQF2RLZRKW3 from Dell that would allow anyone who makes purchase of a Dell Inspiron 13 (S510701MY) with RM100 Instant Cash Redemption!!. This promotion is only available online or by calling them at 1800-88-0301. This coupon code expires on 10th Nov 2009.

Tuesday, November 10, 2009

Hangit




Ini adalah gambaran kreatif 2d yang gua lukis guna teknologi tetikus komputer..(gua tau gua sgt berbakat). Kejadian di atas selalu wat gua potong stim. Panas gile kalo mengingati kejadian ni, apatah lagi megalaminya. Dah la tu, slalu lak tuh...huih, panas betul. Laluan yg keta merah kiut di atas adalah org yg cuba keluar dari simpang utk masuk kejalan besar berkenaan.
Selalu yang gua kena mesti rata-rata org akan pilih laluan "A". Asal?diorang igt dgn cara tu dpt trus masuk ke jalan besar ke?...silap la, sape kat jalan besar tu nak bagi laluan kalo ada kereta nak masuk skill pangkah tajam gtu? apetah lagi utk slow kereta utk derang...kena hon lagi ade ah. Jadi, nak tak nak, diorang kenala tunggu sampai jalan besar reda sket utk derang masuk ke jalan besar. Jadi bila org yg pandai gni nak keluar simpang, tempoh masa agak lama utk keluar. Jadi, berderet lagi kereta menunggu di belakang, termasuk keta gua. Diorang igt dah pandai habis ke kalo ambil laluan tu? Bajet2 habis kreatif la di atas jalan, buat jalan pintas utk diri sendiri. Padehal jalan yg sebenar iaitu laluan "B" dah diturap utk digunakan..jadi simpang ini seakan-akan simpang yg sepatutnya ade signboard segitiga "Beri laluan". Boleh je derang nak masuk laluan "B" dimana kereta akan dipusingkan ke posisi selari dgn kereta di jalan besar tersebut. Kalo nak masuk jalan besar time ni pun, org pun dah tak kisah sgt utk perlahankan kenderaan. Hangit je gua...


Wednesday, September 30, 2009

Internet zaman Paleolitik


Ngam tak ofis gua harini?

Kehangatan taik ayam

Ahli kembara hutan

Ni antara penglibatan awal aku dalam acara hangat-hangat taik ayam yang masih segar dalam pala otak aku. Kejadian ni masa aku darjah 2 tak silap aku. Masa ni aku masih main bola sebelum aku dapati bola sgt bosan..haha. Kembali kepada cerita asal...Suatu hari tu, abang aku yang masa tu darjah 6 ajak aku ikut dia dgn member dia untuk menerjah hutan yang berada di belakang rumah ustaz Harun Din. Penerjahan ni aku lihat seperti ada ketelitian sbb sehari sebelum penerjahan, abang aku dgn 3 org rakan sebaya dia telah bermesyuarat cangkung di depan rumah. Aku yang ketika itu yang mana jika ada pendapat pun tak di ambil kisah, hanya tumpang mencangkung dalam bulatan empat segi mereka selepas di pelawa oleh abang aku.

Hari penerjahan pun datang, dimana aku seawal subuh dah bangun. Satu, teruja sebab orang ajak keluar, satu lagi sebab takut mereka tinggal aku. Aku langsung tak ingat pakaian apakah yg dikenakan aku untuk penerjahan tersebut, tapi yang aku ingat ialah beg lipat kain nylon warna merah dengan tulisan "vietnam" warna kuning yang aku sangat kagum. Aku terasa beg inilah yg paling canggih kerana selepas tali beg ini dikemas utk menutup isi kandungannya, tali itu menjadi tali untuk disangkut di bahu selain dari beg sekolah yang bentuknya sangat berbeza dari rakan sekolah aku yang lain. Beg vietnam tersebut telah diisi dengan sebuku roti gardenia dan sebotol 100 plus yang diisi hanya dengan air paip.

Ketika aku sudah girang bersiap, abang aku baru saja bangun dari tidur. Kegirangan aku masih belum pulih dan aku terus meluru tunggu di luar rumah. Aku dari tadika lagi dah biasa duduk di luar rumah sorang2 sebelum matahari terbit untuk tunggu bas ke tadika, jadi mak aku yang baru sahaja selesai sembahyang Subuh membiarkan sahaja aku dengan girang aku. Dalam cahaya nampak tak nampak sgt, kelihatan 2 susuk yang yang lebih kurang sama dengan ahli mesyuarat cangkung kelmarin menuju ke arah aku. Abang aku yang baru selesai basahan kerbau, keluar dalam lebih kurang waktu yang sama dengan kawannya itu lalu bertanyakan status seorang lagi ahli, namun hampa kerana ahli seorang lagi ni terlebih hangat dari taik ayam.

Matahari dah semakin naik, dan kedengaran juga hon india putu mayam memanggil2 pelangannya..Masa ini cukup enak untuk memulakan perjalanan. Setelah selesai sarapan lebih kurang yang mana aku telah dipanggil semula oleh mak aku ke dalam rumah kerana lupa nak makan roti bakar dalam pembakar roti elektrik tadi, kami pun memulakan perjalanan ke arah banglo yang mana terletaknya denai untuk ke destinasi akhir. Dalam perjalanan ke situ, masing2 mengeluarkan cerita pengalaman 30 tahun mereka tentang penjelajahan hutan, jumpa hantu, pijak ular sampai mampos dan yang paling sensasi sekali dikejar babi hutan.

Sesudah sampai ke situ, kami perlu mendaki sedikit condong yang mana aku rasa 50 darjah kecerunannya. Jalannya sgtlah tak kelihatan kerana diselubungi dengan paku-pakis. Dalam-dalam sedang mereka sedang mencari jalan untuk mendaki, ada sorang ni bersuara.

"Abang, adjan nak balik lah. Adjan nak tgk t.v" kata aku...

Kerana semasa mereka sedang sibuk mencari bukaan paku pakis, aku terlihat jam Alba hitam yg sikit2 berwap air didalammya menunjukkan sikit lagi hendak pukul 9 pagi, lalu mengingatkan aku dengan "alam ria cuti sekolah" di TV3. Abang aku menoleh dan mengeluarkan nada yang sepatutnya dikeluarkan untuk situasi ini. Tapi, setakat itu sahaja kerana abang aku suruh aku balik sendiri sebab dia tak nak teman. Aku pun memulakan perjalanan baru menuju ke "alam ria cuti sekolah".

Tengahari tu, abang aku pulang dan memarahi aku. Aik, takkan nak marah lagi, tadikan dah marah. Rupanya, aku telah pulang bersama-sama beg vietnam yang mana diisi dgn bekal kami 2 beradik. Dengar cerita, minggu depannya mereka masih lagi hendak terjah hutan tersebut, tapi aku sudah tak dipelawa. Aku pun tak tahu kenapa..

Saturday, September 26, 2009

Taik bintang dan Taylor Swift

Aku terlihat kelibat taik bintang. Kagum. Kejadian pada 26hb September 2009 iaitu pada umur aku baru mencecah 26 tahun. Kebetulan nombor kegemaran Taylor Swift ialah 13 (26 bahagi 2) jadi aku pun wish nak jumpa Taylor Swift walaupun syirik "wish upon a shooting star", tapi aku saje2 ckp.

Mane la tau...

Monday, April 20, 2009

Tiba-tiba

  • ramai org suka edit gambar
  • ramai org suka fotografi
  • ramai org suka blogging
  • ramai org tau format pc
  • ramai org upload video karut mereka di youtube
  • ramai org suka rakam porno murahan format 3gp
  • ramai org ajak masuk MLM
  • ramai laki suka buat rambut belah tepi dgn ala2 beckham



 
bosan....


 
....gua pun terlibat menjadi org yg bosan