Wednesday, September 30, 2009

Kehangatan taik ayam

Ahli kembara hutan

Ni antara penglibatan awal aku dalam acara hangat-hangat taik ayam yang masih segar dalam pala otak aku. Kejadian ni masa aku darjah 2 tak silap aku. Masa ni aku masih main bola sebelum aku dapati bola sgt bosan..haha. Kembali kepada cerita asal...Suatu hari tu, abang aku yang masa tu darjah 6 ajak aku ikut dia dgn member dia untuk menerjah hutan yang berada di belakang rumah ustaz Harun Din. Penerjahan ni aku lihat seperti ada ketelitian sbb sehari sebelum penerjahan, abang aku dgn 3 org rakan sebaya dia telah bermesyuarat cangkung di depan rumah. Aku yang ketika itu yang mana jika ada pendapat pun tak di ambil kisah, hanya tumpang mencangkung dalam bulatan empat segi mereka selepas di pelawa oleh abang aku.

Hari penerjahan pun datang, dimana aku seawal subuh dah bangun. Satu, teruja sebab orang ajak keluar, satu lagi sebab takut mereka tinggal aku. Aku langsung tak ingat pakaian apakah yg dikenakan aku untuk penerjahan tersebut, tapi yang aku ingat ialah beg lipat kain nylon warna merah dengan tulisan "vietnam" warna kuning yang aku sangat kagum. Aku terasa beg inilah yg paling canggih kerana selepas tali beg ini dikemas utk menutup isi kandungannya, tali itu menjadi tali untuk disangkut di bahu selain dari beg sekolah yang bentuknya sangat berbeza dari rakan sekolah aku yang lain. Beg vietnam tersebut telah diisi dengan sebuku roti gardenia dan sebotol 100 plus yang diisi hanya dengan air paip.

Ketika aku sudah girang bersiap, abang aku baru saja bangun dari tidur. Kegirangan aku masih belum pulih dan aku terus meluru tunggu di luar rumah. Aku dari tadika lagi dah biasa duduk di luar rumah sorang2 sebelum matahari terbit untuk tunggu bas ke tadika, jadi mak aku yang baru sahaja selesai sembahyang Subuh membiarkan sahaja aku dengan girang aku. Dalam cahaya nampak tak nampak sgt, kelihatan 2 susuk yang yang lebih kurang sama dengan ahli mesyuarat cangkung kelmarin menuju ke arah aku. Abang aku yang baru selesai basahan kerbau, keluar dalam lebih kurang waktu yang sama dengan kawannya itu lalu bertanyakan status seorang lagi ahli, namun hampa kerana ahli seorang lagi ni terlebih hangat dari taik ayam.

Matahari dah semakin naik, dan kedengaran juga hon india putu mayam memanggil2 pelangannya..Masa ini cukup enak untuk memulakan perjalanan. Setelah selesai sarapan lebih kurang yang mana aku telah dipanggil semula oleh mak aku ke dalam rumah kerana lupa nak makan roti bakar dalam pembakar roti elektrik tadi, kami pun memulakan perjalanan ke arah banglo yang mana terletaknya denai untuk ke destinasi akhir. Dalam perjalanan ke situ, masing2 mengeluarkan cerita pengalaman 30 tahun mereka tentang penjelajahan hutan, jumpa hantu, pijak ular sampai mampos dan yang paling sensasi sekali dikejar babi hutan.

Sesudah sampai ke situ, kami perlu mendaki sedikit condong yang mana aku rasa 50 darjah kecerunannya. Jalannya sgtlah tak kelihatan kerana diselubungi dengan paku-pakis. Dalam-dalam sedang mereka sedang mencari jalan untuk mendaki, ada sorang ni bersuara.

"Abang, adjan nak balik lah. Adjan nak tgk t.v" kata aku...

Kerana semasa mereka sedang sibuk mencari bukaan paku pakis, aku terlihat jam Alba hitam yg sikit2 berwap air didalammya menunjukkan sikit lagi hendak pukul 9 pagi, lalu mengingatkan aku dengan "alam ria cuti sekolah" di TV3. Abang aku menoleh dan mengeluarkan nada yang sepatutnya dikeluarkan untuk situasi ini. Tapi, setakat itu sahaja kerana abang aku suruh aku balik sendiri sebab dia tak nak teman. Aku pun memulakan perjalanan baru menuju ke "alam ria cuti sekolah".

Tengahari tu, abang aku pulang dan memarahi aku. Aik, takkan nak marah lagi, tadikan dah marah. Rupanya, aku telah pulang bersama-sama beg vietnam yang mana diisi dgn bekal kami 2 beradik. Dengar cerita, minggu depannya mereka masih lagi hendak terjah hutan tersebut, tapi aku sudah tak dipelawa. Aku pun tak tahu kenapa..

No comments:

Post a Comment